Ini terbitan pertama aku dalam BM untuk blog ni..sebab utamanya adalah,aku nak menulis tentang bangsa aku dan aku tak nak gunakan bahasa lain untuk itu..jadi aku pun guna bahasa yang boleh difahami oleh semua golongan yang berada di dalam rumpun Melayu seantero dunia..
setiap kali baca surat khabar,ada tiga segmen yang paling aku tak suka nak tengok tapi terpaksa tengok..segmen jenayah, hiburan dan politik..sebabnya ketiga-tiga segmen ini banyak menonjolkan kisah-kisah yang memalukan bangsa Melayu..kadangkala aku berasa segan nak menjamah cerita-cerita sedemikian kerana ianya seakan-akan aku sedang melihat kealpaan diri sendiri..tetapi untuk mengetahui apakah gerangan keadaan orang Melayu masa kini, aku terpaksa menguatkan tekad dan teruskan membaca..maka tersingkaplah satu persatu kisah sedih, pedih dan memalukan anak bangsa Melayu masa kini..
berfokuskan kepada segmen hiburan kali ini, aku memang menyampah kalo tengok gambar-gambar artis Melayu terutamanya perempuan yang ada pada kertas surat khabar itu..belum lagi aku membaca kisah-kisah menarik dan sensasi kononnya berkenaan diri mereka..pada pendapat diri aku yang berkemungkinan jumud ini, cerita seperti itu tiada kaitannya dengan diri aku lantas tak perlulah nak dihebah-hebahkan ke serata negara..publisiti-publisiti seperti inilah yang membuatkan mereka semakin rancak berkecimpung dalam dunia yang dipenuhi maksiat dan dosa itu..kemudian keluarlah pula kata-kata seperti "saya sekadar mencari sumber rezeki yang sah" dan "saya masih sedar batas-batas agama" yang membuatkan aku semakin kagum dengan keberanian mereka memperkatakan kebodohan diri sendiri..bukan niat aku nak mencerca bidang yang mereka ceburi malahan diri mereka yang kerap terpapar di kaca televisyen, majalah dan sebagainya, tetapi mentaliti dan ketidaksedaran diri mereka itu yang membuatkan aku cukup bengang dengan cara hidup mereka.."kalau kau nak sangat hidup macam orang barat, baik kau pergi saja ke sana" antara yang selalu bermain dalam fikiran aku tiapkali aku mendapat berita berkenaan artis-artis ini..
kejayaan terbaru, ASK2008..tahniah kepada pihak yang berkenaan kerana telah mendedahkan kepada rakyat di Malaysia khususnya remaja dan kanak-kanak berkenaan dunia hiburan masa kini..dedahan tersebut banyak mempamerkan aksi-aksi artis yang mendedah kepada masyarakat muda ini..dengan adanya pendedahan seperti ini, maka golongan-golongan muda yang akan menjadi pendokong bangsa di masa akan datang akan menjadi semakin terdedah kepada dunia tersebut..mudah-mudahan mereka juga mampu menandingi kadar dedahan itu apabila mereka semakin mendedahkan diri mereka di kawasan-kawasan awam seluruh ibu kota..siaran seperti inilah yang memberi pendedahan kepada mereka mengenai bahagian-bahagian tubuh badan yang perlu didedahkan untuk menarik perhatian masyarakat..dedahan-dedahan ini mampu menjana lebih banyak lagi gejala sosial yang mampu menjunamkan lagi nilai moral dan ekonomi warganegara Malaysia di masa akan datang..tahniah sekali lagi dan terima kasih daun keladi lain kali dedahlah lagi..
bukan soal aurat yang aku cukup bengangkan tetapi ke'bangang'an pihak-pihak tertentu yang mempamerkan pendedahan artis itu kepada masyarakat negara ini khususnya generasi muda..sikap mengaut suka mengaut keuntungan mudah inilah yang menyumbang kepada kejatuhan nilai moral muda-mudi masa kini..cukup pening aku memikirkan masalah mentaliti masuk dunia hiburan terus tak sedarkan diriini..belum lagi isu 'dunia Melayu' yang selalu disebut-sebut macam gah sangat padahal tak segagah manapun..
apa itu dunia Melayu??mungkin ada rezeki di lain hari aku akan sisipkan disini..pada masa ini, aku sudah lapar sebenarnya..perut mula meminta untuk diisi jadi sampi disini sajalah buat masa ini..
hehehe
^_^
Download AudioBook the baptist river iPad mini PDF
-
*Link Download the baptist river Paperback PDF*
Read the baptist river Doc Google eBookstore
Studу Frее Bооkѕ Onlіnе іn аddіtіоn tо Dоwnlоаd еBооkѕ f...
3 years ago
2 comments:
saya benci harian metro dan mastika!
cerita pasal keburukan bangsa sendiri..cual cerita picisan sebagai frontpage;seks sebagai contoh. kalau tak percaya carilah dua media tersebut!
cerita2 cmtue la yg panas..orang mnat nak bace..tp akibatnyer ader pro and con..
hehehe
^_^
Post a Comment